Tuesday, August 24, 2010

macam ni saja penjelasan JAKIM?

kn skang tgh kecoh pasal daging mcD xhalal tu kn...td aku saje2 bukak website halal malaysia ni

bace ni penjelasan JAKIM..


Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.


Sekian, terima kasih.



heh! camtu aje ek penjelasan dr JAKIM...adoiii...fenin2...byk sgt isu halal haram skang ni weh..risau betol aku..

kt fesbuk pulak pasal lychees keluaran narcissus mengandungi lemak khinzir...yaAllah..aku xtau penah mkn ke tak keluaran ni..huhu..mohon keampunan dariMu yaAllah Yang Maha Mengetahui segala2nya..

update:

aku jumpe kt laman web PPIM..dorang menjawab pasal lychees keluaran narcissus ni:

source: kat sini

"Jawapan : Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat oleh JAKIM didapati produk Prinlges untuk pasaran Malaysia dan negara-negara Asean telah dikilangkan oleh sebuah kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, kilang tersebut memang telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidak menggunakan apa-apa bahan yang tidak halal dikilang tersebut. Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM manakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telah memaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahan yang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh pengguna Muslim.Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh sebuah syarikat pengedar di Seri Kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa produk diatas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di The Mosque Quanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM. Pihak pengedar telah menunjukkan salinan sijil halal yang dikeluarkan oleh badan islam tersebut dan menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskan daging (babi). Sehingga kini JAKIM memang tidak memberi pengesahan halal ke atas produk ini kerana ia adalah produk import dan pengesahan halal produk import adalah dilakukan oleh badan islam di negara asal produk itu dibuat. Persoalannya sekarang ialah pengesahan halal produk ini telah diberikan oleh sebuah badan islam yang tidak berdaftar dengan JAKIM, maka JAKIM tidak dapat memastikan adakah pengesahan halal yang diberikan oleh badan islam ini adalah menepati standard yang dikehendaki oleh JAKIM. Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak pengedar di Malaysia kerana mereka hanya mendapat salinan sijil halal tersebut dari rakan pengedar mereka di China bukannya terus dari kilang pengeluar. Sungguhpun penjelasan ini tidak dapat memberi kepastian sepenuhnya mengenai kehalalan produk Narcissus tetapi diharapkan telah dapat menjawab sedikit persoalan dan keraguan terhadap barangan Narcissus"

No comments:

Post a Comment